Thursday, 18 July 2013

Budak 3 tahun mati lemas dalam kereta

Innalillahiwainna ilaihi ro ji'un...

Ramadhan ini adalah Ramadhan paling menyedihkan bagi satu keluarga di Subang Jaya apabila cahaya mata kesayangan yang baru 3 tahun Allah s.w.t pinjamkan kepada mereka telah diambil kembali..

Bukan pemergian si kecil itu yg akan ditangisi dan dikesali...tetapi caranya mungkin...

"Budak 3 Tahun Lemas Ditinggalkan 5 Jam Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam. Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia."

Semoga si ibu dan keluarga arwah si kecil ini diberi ketabahan. 
Syurga yang pasti sedang menanti si kecil itu!

p/s: Kelalaian yang seketika mungkin boleh membawa kedukaan berpanjangan buat kita. Sama-sama lah kita mengambil iktibar dari kejadian ini...jika terpaksa meninggalkan anak di dalam kereta walaupun seketika, pastikan kita tak matikan enjin dan buka sedikit tingkap dan parkir lah kereta kita tu sehampir yang boleh dengan tempat kita berurusan. Jika tidak...kejutkanlah si kecil itu, tahan sahajalah dengan rengekan dan ragam mereka asalkan kita tidak menangis sepanjang hayat...

No comments:

Post a Comment